5 jenis “Abah” dalam politik negara kita

5 jenis “Abah” dalam politik negara kita

Kenali Sikap ” ABAH ” dalam Masyarakat Melayu..

Dalam Kehidupan kita ni, Ada pelbagai jenis dan Sikap Abah.. Ada yang Kita tak Suka, Ada yang kita suka, Ada Abah yang Garang dan Amanah, Ada yang baik Tapi Jahat.. ada macam macam jenis..Bila orang dok sembang pasal Abah ni.. Jadi untuk mudah faham mcm ni..

1- ABAH GAYA MAHATHIR..

Abah gaya Mahathir ini, Kebanyakan orang Melayu tak suka, sebab Abah gaya Mahathir ini selalu ada dalam Masyarakat Cina, Dan sifat Abah zaman dulu dulu.. Garang, Tegas dan Cakap lepas.. Abah jenis mcm ni orang budak2 dan anak zaman sekarang tak suka..dan mungkin tak sesuai..Tapi Abah yang rajin bekerja dan bertanggung jawab..

mana tidaknya..Abah mcm Mahathhir suka marahkan anak sendiri dari cari salah anak orang lain.. Abah macam ni dia suka bagi peringatan kat anak Sendiri, Nak berjaya..Jangan jadi Pemalas..Disuruh ikat Perut, Berjimat, meyimpan..Sapa dengar pun kecik hati..Kalau Budak zaman dulu dah lari rumah..Nak faham perangai Abah ni, Baca buku Malay Dillema..

Tapi Abah mcm Tun Mahathir, dan hari ini boleh dipanggil Atok.. Kalau ikut sejarah dia keras sikit dgn anak Sendiri..Tapi sepanjang 22 tahun dia didik anak dia, Ramai anak dia(Melayu) hari ini berjaya, Ada anak dia(Melayu) jadi Doktor Pakar, Pakar Jantung, Ada jadi Jurutera..

Ramai anak anak berjaya ada aset seperti KLCC dan Petronas.. boleh kata Anak dia(Melayu) Berjaya Zaman dia..Dah terbuktipun..Memang anak(Melayu) dulu dulu berjaya sebab bapa tegas macam atok..

2- ABAH GAYA NAJIB..

Abah macam ni memang tak guna.. Abah mcm ni memang geliga otak dia, Nampak Buat Business sana sini.. Syarikat sana sini..Dengan Anak selalu bagi Duit.. mulut bibir merah dia sungguh manis, Jenis Bani Melayu..Anak anak Suka Abah mcm ni.. selalu bawa balik gula gula ngan mainan..

Tapi tu lah.. Dalam dia dok gula gula kan Anak anak Dia.. Dia hidup Mewah sana sini..Habis tanah Pusaka atok depa kumpul dulu(Tanah Melayu), Simpanan Anak dia(KWSP & KWAP) digadai pada kawan baik dia si Tauke Low..

Sedar sedar bila Abah depa Bercerai.. Habis Ahlong,Bank datang tuntut hutang kat Bini dia.. Sebab habis Barang emas, Tanah Pusaka, Simpanan Anak dia(KWAP & tabung Haji ) dia gadaikan main judi dgn tauke Low, Dia ingat dia boleh untung banyak dgn berjudi Mcm tu..last2 Bini dia kena tanggung Hutang Bank dan Along….

Hari ini anak dia(Melayu) ramai merempat takda kerja, Tak berpendidikan.. rumah takda.. Tapi tu lah kerja depa.. Dah gadai sana sini..berjudi sana sini..Akhirnya Salahkan Cina.. Nak tarik simpati Anak, Abah dia kata dia Kena Scam..Sebab anak ramai bodoh..jadi masih percaya kat ayah dia walaupun harta pusaka, barang kemas mak depa dah tergadai..

3- ABAH GAYA MUHYIDIN…

Abah macam ni cerdik Sikit.. Tapi Sebiji macam watak pak Maun dalam Cerita P Pramlee.. dari segi muka dengan gaya menipu dah hampir sama.. Watak macam pak Maun ni, Pandai Berlakon Alim..Depan bini kata Baca buku Sejarah, Tapi tengok gambar Lucah.. Depan Bini bersiap pakai songkok, pegang Tasbih.. kata Nak Pergi tengok orang Bersyarah kat Surau(Kuliah Agama).. Rupanya pergi Joli kat kelab malam..

Tapi tu lah.. Abah gaya ni, depan bini lain..belakang Lain..Rupanya pakat dengan Abu pergi Konsert Muda Mudi.. Joget Twist Kat kelab malam..kat Depan anak bini siap dengan tasbih, Kain pelikat nak ke Surau..Jenis macam Ni, Anak Bini tak Berapa Marah, Pandai Pujuk..cuma perlu berlakon alim..

Tapi Anak Bini memang Suka Abah gaya mcm ni.. Nak cover Salah dia, Bini Pesan suruh beli 1 Tin susu, dia bawa balik 6 Tin Susu..Katanya itulah Tanda Sayang.. tapi Tu lah.. Lama mana Boleh menipu Anak Bini.. Lama lama bak dialog Pak maun.. Pecah Lobang.. Bentara Guru dah tahu…

Orang Macam ni, Buat lawak boleh lah.. nak urus Kewangan memang tak reti.. Habis duit koperasi kampung..Duit JKKK dia pakai dulu tanpa mesyuarat…buat macam duit dia.. Janji dapat hiburkan anak bini..Suka hati pakai duit sana sini, anak Bini sapa pun tak tahu..senyap2 berpakat dengan Abu..

4- ABAH GAYA HAJI HADI..

Abah gaya ini Paling best, Guna saja Agama, Pakai Serban..pakai Jubah Anak ikut jer.. Guna Dalil Agama… hadis Palsu Payung emas, Isteri taat biarpun Pak Haji Kahwin ramai.. Hidup mewah pun, gunakan dalil Kuda Perang Nabi..boleh kata semuanya Ada dalil..

Anak,Bini dah berpuluh tahun hidup Susah..Mandi Air perigi.. Bila anak minta air bersih..Abah macam Hj Hadi pasti akan bagi dalil yang Nabi dulu lebih susah kena ikat perut.. dia akan kata, Abah dulu mandi berak kat perigi..jadi Anak bini pun patuh jer lah..Kalau lawan, Tempatnya Neraka..

Biarpun orang kampung tahu Mulut kasar, Suka maki kat orang..kapirkan orang.. Tapi takda sapa boleh marah..Sebab dia orang yg dihormati orang kampung..Jadi Imam kat Masjid.. Bila anak bagi contoh mcm Abah Guan Eng..Abah dia mesti kata, Tak Guna Berjaya di Dunia..kalau Akhirat masuk Neraka..

Abah Macam Hadi ni, kalau urus Kewangan memang hancur..Ada Tanah Sawit tinggalan Pusaka pun..gadai kat Cina.. Ada Syarikat bankrap.. Kalau Syarikat tutup.. Depa akan Kata, itu taqdir Allah..Tapi Rezeki depa Murah.. Keluar Dalil, Buat tabung Derma aats nama Jihad..Satu Kampung akan bantu..sebab Semua berebut nak masuk Syurga..

4- ABAH GAYA ANWAR

Abah macam Anwar ni, Orang yang pandai Bercakap.. Suka Berjanji.. Mula Mula anak Suka lah..Tapi tu lah.. Kurang tegas dengan Anak anak.. Suka Kena tipu Ngan Kawan kawan…Bila Kena tipu ngan Kawan..Anak Ingat Abah Dia yang Menipu.. Watak Ds Anwar ni terlampau baik ni..kadang2 macam watak Bapak kepada Sazali dalam Filem Anak ku Sazalie..

Tapi kalau Abah seperti Ds Anwar ini..Ikut Sejarah..kalau diberi Amanah, Dia buat Kerja Dengan baik…Abah Macam Ni.. Terbukti Dalam Sejarah Dia Jaga Kewangan Keluarga.. Alhamduilillah, Semua dapat Manfaat.. Bila dapat Untung, tak kedekut dengan Anak bini..

Bila besar Semua Anak Ada Rumah.. Ada Pendidikan.. Dapat Duit Belanja.. Tapi Bila Baik sangat..Ramai kawan kawan tak Suka, Sebab Berprinsip sangat.. orang Pijak Kepala..

Walaupun Abah macam ni Baik.. ramai Orang tak Suka dan Dengki, Dalam hal Ini.. Kita Baik sangat, Tak Garang dan Tegas Macam Atok dia Dulu..Susah Jugak…orang pijak kepala..

5- ABAH GAYA LIM GUAN ENG..

Dalam Masyarakat Melayu.. Kalau ada Abah Muallaf, Memang orang akan Pandang Rendah,hanya sebab dia dulu Kapir.. Tapi Abah gaya Cina ni, Baik untuk Masyarakat Cina..Tapi Ramai Melayu Tak Suka.. Mulut Kasar.. Suka Cakap Jerit Jerit macam Keluarga Cina.. Tapi Hati Baik..

Seperti Masyarakat Cina Lain..Abah Macam Ni..Kadang2 anak anak Tak Suka.. Sebab Suka Berjimat Cermat, Asyik Sebut Pasal Duit, Asyik Pesan Suruh Menabung..

Abah Macam Ni, Anak Bini Tak Suka..Sebab yang Depa tahu nak Makan kat Mana.. Nak Bercuti Kat Mana.. ak beli barang mewah,,Tapi Abah macam ni Kalau Syarikat ada Untung , Dia akan makan besar dengan Anak bini…Dia cuma belanjakan apa hasil dari untung..

Abah yang jimat cermat..Suka kira untung rugi setiap yang dia Belanja,anak bini tak Suka.. tapi macam masyarakat Cina.. mula mula memang anak bini tak suka.. Bila depa dah besar panjang..Bila dah nak Masuk University.. Abah depa dah ada simpanan untuk depa..walaupun abah depa kerja kampung..

Abah macam Lim Guan Eng ni..Kalau anak dah besar..Nak belajar Luar Negara pun Abah dia mampu tanggung kalau takda Biasiswa..Kalau mengaji tak Pandai..Abah dia dah Simpan Duit untuk modal depa Berniaga..

Abah macam ni, mmg Abah depa dari Kecik tak dilatih Hidup Senang lenang..Bagi kemewahan..walaupun bapak kaya..Bila Besar Pandai cari Duit sendiri..Sebenarnya itulah Cara abah Gaya Guan Eng..Dah Gambaran kebanyakan Masyarakat Cina..

Jadi fahamkan.. Kenapa Majoriti Cina Boleh maju.. Kenapa Melayu gagal dalam Dunia hari ini…. Sebab Melayu gagal..Sebab ramai yang tak mampu berfikir..berjiwa Sensitif.. Mempergunakan Agama dengan cara yang salah..Tak boleh Ditegur.. Dikata jangan malas.. Kena rajin bekerja pasti anak tak Suka..dikatakan menghina depa..

depa suka disuap dengan Duit dan kemewahan ..Hidup bergantung kepada Bantuan dan Subsidi.. Apa yang depa fikir, Apa yang depa boleh dapat hari ini..Bukan fikirkan masa depan anak cucu depa….

Bukan takda Melayu dan Muslim yang berjaya..Ramai yang Berjaya..hakikatnya diukur dari kejayaan mengurus Negeri..Mengurus Keluarga.. Inilah reality sifat Abah dalam masyarakat Melayu dan Malaysia.. Tak pernah bermuhasabah.. Cukup pakai serban dan Jubah..cukup pandai baca Doa dan jadi Imam..depa mudah ditipu..

Cerita diatas hanya seahagian contoh dalam Masyarakat kita di Malaysia..takda kaitan dengan Politik dan Sesiapapun… 🙂

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS