Ada banyak cara untuk menyiang ikan, sebenarnya. Ia bergantung jenis ikan dan juga alatan yang digunakan.
Disebabkan itu, kali ini penulis ingin berkongsikan cara siang ikan menggunakan pelbagai alat seperti pisau dan gunting,
Bahkan anda juga boleh melakukannya dengan menggunakan tangan sahaja!
Selain itu, terdapat juga kaedah hidupan air ini berdasarkan jenis ikan seperti ikan kembung, pari dan patin. Jom lihat di bawah.
1. Tanpa guna pisau menyiang ikan kembung
Kaedah ini sangat mudah kerana menggunakan kawalan tangan sahaja, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut.
@kambing_bakar_ar cara siang ikan kembong simple dan mudah #sayacuba #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – Bro Az ✅ Berkongsi Rezeki
Tekan bahagian kepala ikan dan kemudian tarik mulutnya.
Setelah itu, tarik keluar insang sekali dengan isi perut ikan secara perlahan-lahan.
Bila siap, cucilah ikan dengan bersih dan mana-mana lebihan isi perut terjuntai boleh buang.
Nak ingatkan pembaca juga, bila tarik isi perut jangan ikut tepi tapi kena ikut atas agar tidak koyak badan ikan tersebut.
2. Guna pisau menyiang ikan
Kaedah seterusnya adalah menggunakan pisau. Pastikan mata pisau sentiasa tajam semasa menyiang ikan.
@aisyasuliman Sila terima ijazah ini😋 #trending #tiktokguru #learnontiktok #TiktokHack #viral #fyp #petuadidapur #siangikan ♬ suara asli – LYRICS
Potong mulut ikan, sirip dan hujung ekornya sedikit.
Belah dari perut ikan hingga ke kepala.
Kemudian, tarik keluar insang dan isi perutnya.
Sesudah itu, boleh cuci bahagian dalam ikan.
Disarankan untuk membilas ikan sebanyak tiga kali dan direndam bersama asam keping serta garam bagi menghilangkan hanyirnya.
Setelah itu, toskan dan simpan dalam bekas pilihan dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.
3. Cara guna gunting menyiang ikan temenung
@laksakinting kadang kita p market mintak peniaga tlg buang perut kan,lepas tu blk kita kena cuci blk,2x kerja,rosak ikan,lgpon kesian kt peniaga,takkan ikan kecik2 pon nk tlg bersiangkan..kita sama2 mudahkan kerja org kan..#kongsi #info #ikan #pasar #market #cuciikan #penang #seberangjaya #ikantemenung #ikankembung #tutorial ♬
Seperti namanya, anda memerlukan gunting yang tajam agar lebih mudah ketika proses menyiang ikan.
Belah perut guna gunting.
Masukkan jari telunjuk dan jari tengah ke bawah insang.
Tekan atas insang menggunakan ibu jari.
Tarik insang sampai ke hujung perut.
Cuci darah menggunakan air dekat celah tulang ikan itu.
Ambil semua ikan yang dibersihkan, basuh dan selawat sekali.
4. Ikan pari
Buang ekor pari terlebih dahulu.
Kikis semua lendir dan kotoran dekat badannya sampai bersih.
Potong pula bahagian kiri dan kanan ikan pari dengan mulakan potongan dari atas hingga ke ekor.
@syifajamill Reply to @cifasksksk ♬ original sound – Ceo of Masak KalutKalut – Syifa Masak Kalut Kalut
Bahagian tengahnya pula, ada sebahagian orang tidak menyiang di kawasan perutnya tetapi boleh sahaja disiang jika ingin masak.
Belah sahaja di bahagian tengah perut ikan dan buang isi perut yang tidak diperlukan.
Akhir sekali, boleh potong kecil-kecil mengikut saiz pilihan anda.
Lumurkan dengan garam kasar untuk hilang hanyir dan kemudian bilas bersih.
5. Ikan patin
@lazizhq Cara siang ikan patin. Mudah jer.. #fyp #fypシ #support ♬ suara asli – Rizkan 001 🐓🐓 – I/A§
Cara menyiang ikan patin sangatlah mudah. Kalau tak percaya, ikuti langkah-langkah di bawah!
Potong ikan patin kepada empat bahagian kerana ia lebih mudah mengeluarkan isi perut.
Kemudian, buang isi perut yang ada.
Dah boleh basuh bersih!