Sebanyak 43 ekor monyet yang digunakan untuk kajian penyakit dilaporkan
Terlepas dari kemudahan penyelidikan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Rabu lepas.
Menurut NBC News, 25 ekor monyet daripada kumpulan yang terlepas telah berjaya ditangkap semula setakat Ahad.
Pihak polis kini sedang berusaha untuk menangkap baki 18 ekor monyet yang masih bebas.
Pengarah Pusat Penyelidikan Alpha Genesis menyatakan bahawa monyet-monyet tersebut terlepas selepas seorang kakitangan
gagal mengunci pintu dengan sempurna. Haiwan-haiwan yang melarikan diri itu dipercayai telah menuju ke kawasan hutan berhampiran kemudahan penyelidikan tersebut, yang terletak di pinggir bandar Yamassee.
Untuk menangkap semula monyet-monyet tersebut, pihak berkuasa menggunakan perangkap sehala yang mengandungi epal sebagai umpan.
Alpha Genesis telah mengeluarkan nasihat kepada penduduk sekitar untuk memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan betul serta mengelakkan berinteraksi dengan monyet-monyet tersebut. Penduduk juga diminta untuk segera menghubungi 911 jika terlihat atau terserempak dengan kumpulan monyet yang terlepas itu.
“Haiwan ini sangat sensitif dan mudah terkejut, jadi kami menasihatkan orang ramai untuk menghindari kawasan hutan berdekatan,” kata jurucakap polis kepada NBC News.
Selain itu, Alpha Genesis turut memberitahu pihak berkuasa bahawa monyet-monyet yang terlepas adalah monyet betina muda dengan berat kira-kira 3.2 kilogram, dan mereka masih terlalu muda untuk membawa sebarang penyakit.
Kes ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan haiwan kajian yang terlepas dari fasiliti Alpha Genesis. Pada tahun 2022, sebanyak 11 ekor monyet juga dilaporkan berjaya meloloskan diri dari kemudahan penyelidikan tersebut.
Alpha Genesis dilaporkan membiak spesies monyet berkenaan serta menyediakan “produk primat bukan-manusia dan perkhidmatan bio-kajian”.
Ujian klinikal yang dijalankan oleh syarikat ini termasuk kajian terhadap gangguan otak progresif.
BACA: Peguam negara baharu dilantik, ini latarbelakang Mohd Dusuki Mokhtar