4 tips buat wanita untuk elak dari bercinta dengan suami orang

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Meskipun perkara ini bukanlah satu perkara asing di Malaysia, malah di seluruh dunia, namun, anda boleh elakkan daripada terjadinya perkara ini.

Ia penting agar rumah tangga pasangan itu kekal harmoni dan bahagia tanpa campur tangan pihak ketiga

Dan anda juga dapat hidup dengan tenang.

Buat wanita yang sudah terjatuh cinta dengan suami atau kekasih orang,

ini 4 tips untuk anda move on sebelum anda lebih serius dengan perasaan anda.

4 tips buat wanita untuk elak dari bercinta dengan suami orang

#1 Luahkan Pada Orang Yang Paling Dipercayai

Pasti anda keliru apabila terjatuh hati dengan suami atau kekasih orang. Luahkan apa yang anda rasa kepada orang yang anda percayai.

Ini penting agar anda dapat melihat pandangan daripada perspektif orang lain dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perasaan itu.

#2 Jangan Mengharap

Anda perlu ingat, mencintai tidak semestinya memiliki. Bila anda telah jatuh cinta dengan pasangan milik orang, terdapat beberapa risiko yang bakal anda hadapi pada masa hadapan antaranya cinta akan ditolak.

Oleh itu, berpijaklah dibumi yang nyata. Cepat-cepat padam perasaan itu dan ingat bahawa dia tidak akan menjadi milik anda.

Bayangkan pula jika anda berdepan perkara yang sama kelak!

#3 Hargai Diri Sendiri Dengan Lebih Baik

Bercinta dengan pasangan orang ini ibarat menunggu sesuatu yang tidak pasti. Daripada menunggu cinta anda dibalas, adalah lebih baik anda menyayangi diri sendiri dan menghargai orang lain.

Walaupun cinta anda mungkin dibalas, namun anda tidak tahu dugaan dan risiko yang anda akan hadapi apabila menjalinkan hubungan dengan pasangan milik orang.

Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti berfaedah yang dapat membantu anda untuk melupakan perasaan itu.

#4 Buka Hati Untuk Terima Orang Lain

Lupakan perasaan itu dan cuba beri peluang kepada orang lain yang lebih layak untuk mengenali hati anda.

Dengan langkah ini, ia membantu anda untuk melupakan perasaan terlarang itu dan membantu anda untuk menemui cinta sejati.

Tapi sebelum anda membuka hati kepada orang lain, selidik dulu latar belakang individu itu dan statusnya agar perkara yang sama tidak berulang kembali.

Kesimpulannya, jatuh cinta tidak salah, tapi yang salah adalah jatuh cinta kepada seseorang yang telah dimiliki.

Sekiranya anda masih lagi tidak boleh move on daripada perasaan itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sebaiknya.

BACA: Ini teknik halus marah isteri tanpa disedari dirinya sedang dimarahi