Seorang lelaki di Surrey Hills, barat Melbourne, meninggal dunia selepas menunggu ambulans selama empat jam
Untuk membawanya ke hospital, lapor saluran berita News.com.au semalam.
Setiausaha Kesatuan Ambulans negeri Victoria, Danny Hill, berkata mangsa berusia 69 tahun itu
Dilaporkan terjatuh dan menjerit meminta tolong di rumahnya sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
Jiran mangsa yang mendengar jeritan tersebut segera menghubungi ambulans, tetapi disebabkan
jumlah kakitangan yang terhad, tiada bantuan tiba sehingga pukul 6 pagi (waktu tempatan).
“Bayangkan apa yang mungkin berlaku jika paramedik tiba di sana lebih awal,” kata Hill.
Kira-kira 50 kru ambulans berada di luar talian pada malam kejadian disebabkan ramai yang mengambil cuti sakit.
“Hanya 90 daripada 120 kru biasa yang bekerja syif malam di seluruh negeri Victoria pada malam itu,” tambahnya.
BACA: ‘Sekarang kami dah berbaik, tak jadi cerai’ Pasangan suami isteri tak jadi cerai lepas dengar Era FM