33 lelaki rogol seorang gadis remaja 15 tahun

Rogol

33 lelaki perkosa seorang gadis remaja 15 tahun. Kes rogol berkumpulan di India bagaikan tiada penyelesaian biarpun pelbagai pihak mengecam tindakan itu sehingga mencetuskan kemarahan dan protes besar-besaran.

Terbaharu NDTV melaporkan, lebih 30 suspek didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun, berkali-kali dalam tempoh sembilan bulan ini, dekat Mumbai.

Gadis itu menamakan 33 orang yang disyaki merogolnya, 24 daripadanya telah ditahan termasuk dua kanak-kanak bawah umur.

33 individu perkosa seorang gadis remaja 15 tahun

POLIS mengenal pasti 33 suspek seperti diberitahu dan dilaporkan mangsa.

Kejadian tragis itu bermula Januari lalu ketika dia dirogol rakannya yang turut bertindak merakam perbuatan terkutuk tersebut.

Suspek menggunakan video itu sebagai ugutan dan mengulangi perbuatan itu.

Suspek kemudiannya bertindak berkongsi video berkenaan kepada pihak lain yang turut menggunakan helah sama sebagai ugutan terhadap remaja pe­rempuan tersebut.

Gadis itu dirogol kumpulan berkenaan berkali-kali dan di beberapa tempat berhampiran Mumbai, menurut polis.

“Semuanya bermula ketika rakan gadis itu merogolnya dan membuat video kejadian itu. Kumpulan itu merogol gadis tersebut di tempat yang berbeza termasuk di Dombivili, Badlapur, Murbad dan Rabale,” jelas Komisioner Polis (Wilayah Timur), Dattatray Karale.

Gadis itu membuat laporan polis malam kelmarin dan dirawat di hospital.

Laporan itu membolehkan polis menahan 24 suspek yang dikenalinya.

Menurut polis, ada dalam kalangan suspek mempunyai kaitan dengan parti politik dan polis menyiasat kes itu mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Kesalahan Seksual (POCSO).

Kes tersebut menimbulkan kemarahan umum dan menarik perhatian parti-parti politik yang menuntut hukuman paling berat dikenakan terhadap mereka yang merogol remaja itu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/kes-rogol-berkumpulan-di-india-33-individu-perkosa-remaja-15-tahun/

BACA JUGA : Suami tergamak rakam isteri gantung diri

CATEGORIES