Menurut laporan akhbar The Sun UK kelmarin, sebuah kereta Aston Martin keluaran tahun 1962
akan dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta) selepas 30 tahun dibiarkan berhabuk di dalam sebuah bangsal.
Aston Martin DB4 tersebut ditemui di lokasi di New York selepas dibiarkan terbiar oleh pemiliknya.
Jika kereta ini diubahsuai dan berada dalam keadaan baik, ia dijangka boleh mencapai nilai melebihi £780,000 (RM4.6 juta).
Model DB4 ini menampilkan enjin berkuasa 3.7 liter dan merupakan kereta untuk kegunaan jalan raya pertama di dunia yang mampu mencapai kelajuan 161 kilometer sejam dalam masa kurang 30 saat.
Kenderaan ikonik ini dikatakan unik kerana masih mempunyai nombor enjin yang sepadan dan tidak pernah mengalami sebarang pembaikan sebelum ini. Ini bermakna semua ciri asalnya kekal utuh.
“Penemuan ajaib dalam bangsal sebenar. Sebuah Aston Martin dari Era Emas yang jarang ditemui,” demikian menurut iklan promosi penjualan kereta tersebut.
BACA: “Hanya kerana kerugian dalam bisnes dan tersepit dengan komitmen sedia ada, aku dipinggirkan isteri”