3 bulan rahsiakan pertunangan, sah Eyka Farhana tunangan kepada Akhyar Rashid

Oleh INFORAKYAT

Pelakon Eyka Farhana dan kekasihnya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid,

Mereka telah mengikat tali pertunangan setelah sekian lama menjalani hubungan cinta jarak jauh.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon filem Polis Evo 3 tersebut melalui satu hantaran di Instagram hari ini.

Dalam hantaran itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, mendedahkan bahawa majlis pertunangan

mereka telah diadakan secara ringkas dan tertutup, dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

3 bulan rahsiakan pertunangan, sah Eyka Farhana tunangan kepada Akhyar Rashid

Eyka turut berkongsi foto sebentuk cincin jenama Tiffany & Co serta sebiji kek bagi meraikan tarikh istimewa tersebut, iaitu 4 Ogos 2024.

“Salam tunangku,” tulis Eyka ringkas di kapsyen.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rakan selebriti, dengan hampir 20,000 tanda suka serta ratusan komen tahniah.

Akhyar turut berkongsi momen indah bersama Eyka di platform yang sama.

Sebelum ini, dalam sesi podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson, Eyka mendedahkan bahawa mereka terpaksa menjalani hubungan jarak jauh kerana komitmen kerja masing-masing.

Eyka sering terlibat dengan penggambaran di ibu negara, manakala Akhyar sibuk dengan komitmen sebagai pemain bola sepak Terengganu FC.

Eyka mula berkongsi kisah cintanya bersama Akhyar sejak tahun 2020, selepas sekian lama menjaga privasi hubungan mereka daripada perhatian umum.

BACA: ‘Jiwa kena kental’ Khairul Aming dedah syarat utama jadi isterinya ramai wanita tak mampu penuhi