3 bulan lanjutan moratorium bagi individu kehilangan pekerjaan

3 bulan lanjutan moratorium bagi individu kehilangan pekerjaan

Moratorium ke atas bayaran balik pinjaman bank diteruskan bagi golongan memerlukan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Saya sukacita umumkam kerajaan Perikatan Nasional setuju laksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan memerlukan.

“Bagi individu kehilangan pekerjaan pada 2020 dapat tempoh 3 bulan lanjutan moratorium.

“Bagi individu masih kerja tetapi gaji terjejas dan bayaran dikurangan ikut pinjaman,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan akan berbincang dengan bank mengenai perkara itu.

Ini berikutan desakan daripada ahli politik, perniagaan, kumpulan majikan dan pekerja agar moratorium 6 bulan diteruskan lagi setelas akan tamat pada September ini.

Bank dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion setiap bulan kerana moratorium tersebut.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/29/lanjutan-moratorium-diteruskan-untuk-golongan-memerlukan/

COMMENTS