Kebelakangan ini, banyak kisah tentang anak dan ibu kandung berjumpa buat pertama kali selepas mereka terpisah sejak berbelas-belas hingga berpuluh-puluh tahun.
Satu lagi video yang dikongsikan oleh @babysayang952 di TikTok, memaparkan momen sedih wanita itu dapat berpelukan dengan ibu kandung setelah berpisah selama 29 tahun.
Dalam video tersebut, wanita itu dilihat bersalaman dengan ibu kandungnya lalu mereka berdua berpelukan buat pertama kali.
Disebabkan terpisah hampir 3 dekad, kedua-dua mereka gagal menahan sebak lalu si ibu menenangkan anak perempuannya itu.
Sebelum video itu dimuat naik, wanita tersebut ada bertanya kepada netizen di TikTok mengenai seorang wanita yang dikatakan ibu kandungnya.
Hanya berbekalkan sekeping gambar dan nama, segelintir netizen di TikTok memberikan sedikit maklumat di ruangan komen.
Saya mencari orang yang berada di dalam gambar ni. Siapa mengenali beliau boleh tolong chat. Saya mencari mak kandung saya. 29 tahun tak pernah berjumpa..
Selama ni tak ada kekuatan nak cari.. sekarang baru ada kekuatan. Saya tahu benda ni akan menyakitkan diri sendiri.. saya cuma ingin berjumpa walau sekejap.
Selain itu, beberapa gambar lain turut dikongsi oleh wanita itu selepas berjumpa dengan ibu kandungnya. Suasana kelihatan meriah kerana ramai ahli keluarga yang lain meraikan momen tersebut.
Ni kita belanja gambar pula.. apa pun yang terjadi, benda yang lepas kita buka buku baru.. seburuk apa pun kita silam mak kita.. kita kena terima.
Di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat gambar kenangan keluarga itu.
BACA: Tak perlu hantar tentera untuk balas serangan, ramai rakyat Israel mati tanpa tahu sebabnya