22 bulan pentadbiran,PH gigih memperkasa pentadbiran Islam

22 bulan pentadbiran,PH gigih memperkasa pentadbiran Islam

DS Abdul Hadi mendakwa bahawa usaha melemahkan Islam, orang Islam dan kaum bumiputera telah dilakukan oleh ahli ahli parlimen kerajaan dengan cubaan meminda perlembagaan, mengubah sistem pembelajaran dan pengajaran serta media masa. Maka PAS mengambil tindakan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menghalang pindaan perlembagaan tersebut.

Tidak ada sebarang pindaan atau usaha meminda perlembagaan berkait Islam dan Bumiputera sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan. Yang ada ialah usaha meminda perlembagaan untuk meletakkan negeri Sarawak dan Sabah sebagai wilayah yang sama taraf dengan Semenanjung, bukan sekadar negeri. Namun pindaan ini gagal kerana ditolak pembangkang termasuk PAS.

Sebaliknya yang berlaku ialah kerajaan PH sepanjang 22 bulan pemerintahan berusaha gigih bagi memperkasakan sistem pentadbiran undang-undang Islam dan mahkamah syariah melalui pelbagai inisiatif antaranya penggubalan Akta Profesyen Guaman Syarie 2019 dan penubuhan Mahkamah Khas Hadhanah & Nafkah bagi membantu wanita Islam.

Keduanya untuk meminda perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli parlimen yang semestinya memerlukan sokongan pembangkang juga. Maka mustahil akan berlaku pindaan perlembagaan tanpa sokongan pembangkang.

Ketiganya, pindaan perlembagaan yang melibatkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kaum Bumiputera, mestilah mendapat perkenan Majlis Raja Raja. Maka satu pembohongan mendakwa ahli ahli parlimen kerajaan berusaha untuk meminda perlembagaan berkait Islam dan bumiputera kerana ia tidak boleh berlaku sama sekali tanpa majoriti dua pertiga dan sokongan Majlis Raja Raja. Ia adalah fitnah daripada PAS.