Najib, Rosmah disindir dalam persembahan AJL34

Buat pertama kali dalam siri Anugerah Juara Lagu (AJL), pemimpin politik disindir secara terang-terangan oleh finalis yang bertanding.

Dalam AJL ke-34 malam tadi, Drama Band menerusi lagunya, ‘Drama’ dilihat menyindir perwatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sejurus individu yang melakonkan watak Rosmah berjalan sambil membawa beg tangan di tangan kanan dan kirinya, kedengaran rakaman dialog, ‘Can I advise you something’ ke udara.

Ungkapan tersebut merujuk pada salah satu daripada rakaman perbualan seperti didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 Januari lalu.

Kostum persembahan vokalis band tersebut yang mengenakan topeng menyerupai syaitan itu bagaimanapun tidak memenangi sebarang anugerah termasuk kategori persembahan terbaik.309

Berita asal  https://malaysiadateline.com/najib-rosmah-disindir-dalam-persembahan-ajl34/