BILA BELI TANAH VS EKUITI PUN UMNO TAK BOLEH BEZA

  1. Biasanya kita beli tanah, kita belilah..bayar tunai tanah jadi milik kita. So kalau tanah tu biar hutan sekali pun kita tak ada apa2 kos sangat nak kena tanggung. Tiap2 tahun biar hutan tapi nilai tanah akan naik lah walaupun sedikit.
  2. Tapi dalam kes TH dan anak syarikatnya Bumi Suria Ventures Sdn Bhd ( BSV) , TH bukan beli tanah tapi membeli pegangan saham syarikat..EKUITI!!!.

(Maju Warisanmas sdn bhd pula anak sykt BSV)

  1. Kesan penbelian ekuiti tak sama dengan beli tanah tadi. Sebab? apa2 berlaku kerugian operasi BSV, ia akan seret sama prestasi kewangan semasa TH sama sebagai syarikat induk.
  2. Bukan itu sahaja, pegangan ekuiti syarikat ini bukan ada aset tanah sahaja,.. ianya ada liabiliti juga. Termasuk juga keperluan menambah tunai kpd BSV utk OPEX dan CAPEX oleh TH.

4.1 So adakah singkat pemikiran atau kurang pengetahuan jika hanya menilai tanah seekar BSV dalam kepentingan TH dengan hanya membahagikan nilai semasa beli dengan keluasan tanah …

4.2 Bagaimana nilai hutang? bagaimana nilai tanggungan opex dan capex?

  1. Kita tengok pulak BSV…Bagus sangat ke?

5.1 Syarikat ini dibeli ekuitinya 74% pada 2012.

5.2 Nilai pembelian ekuiti (bukan tanah tau) ialah rm 254 juta. Pada 2017, nilai bukunya diletakkan naik kepada RM 366 juta

5.3 Namun, pada 2018, nilai bukunya nya telah jatuh kepada RM 122 juta. Iaitu kehilangan impairment cost sebanyak RM 244 juta. ( Juru nilai asal mengatakan kehilangan nilai RM110juta). So megambilkira item ini, laporan The Edge mengatakan, jurunilai menyatakan nilai diskaun hanyalah 7% sahaja.

5.4 Dalam audit TH 2018 juga, TH terpaksa write down (impairment cost) sebanyak RM 19.6 juta akibat didapati keluasan yg ditanam adalah kurang daripada yg dinyatakan semasa pembelian.

5.5 Rosot nilai inilah menyebakan antara salah satu punca menyebabkan TH mengalami kerugian besar kewangan bagi operasi 2018. Nilai rosot BSV ini telah diambilkira dalam pnl 2018.

  1. Jika diteruskan lagi, TH terpaksa menyuntik berjuta2 lagi dana TH kpd syarikat ini utk opex dan capex sedangkan TH sendiri terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan dari pakej rm10 bil (melebihi nilai semasa) penyelamatan TH. Malah nilai kurangan dari harga saham ini telah pun kerajaan beli pada harga yg lebih tinggi pada waktu pakej suntikan pembelian aset TH oleh kerajaan.

6.1 Dengan pelupusan ini, TH dapat mengurangkan kehilangan margin untung sebanyak rm9.4 juta setahun bagi tahun2 mendatang.

  1. Jadi, kpd pemuda umno lain kali bawa akauntan lah dalam sidang akhbar.
  2. Takkan tak boleh beza pembelian tanah dengan pembelian ekuiti?

btw..den ni petani keledek je… kalau salah minta maaf yo😎