Asyraf Buat Apa Masa Sistem Bayaran Zakat TH Tak Penuhi Sistem Syariah Bila Ditegur Pakar Kewangan Islam

Cerita Tabung Haji Plantation (THP) tu mudah je.
THP pernah berada zaman kegemilangan sehingga tahun 2013-2014. Duit banyak. Akhirnya masuklah “wakil-wakil orang politik dalam tu” dan membuat pembelian ladang-ladang pada harga tinggi dengan penilaian salah (faham-faham sendirilah bila beli harga “mark up” ni tujuan apa).

Bermula 2015 THP mulai rugi. Ladang-ladang yang dibeli tidak menjana keuntungan. “Orang politik” nak cover rugi tak bagi rakyat tahu kerja jahat diorang maka mula jual ladang senyap-senyap. Gemas dan di Terengganu. Tak cukup lagi sebab hutang dah meninggi, datang “wahyu” untuk induk Tabung Haji bagi “subsidi” tiap tahun kepada THP untuk nampak untung. Akhirnya Tabung Haji (yang pegang duit pendeposit nak gi haji) terpaksa tanggung. Meranalah TH bertahun-tahun.

Bila kerajaan bertukar, tiada lagi wahyu politik. Yang ada hanya arahan dari Mujahid agar semuanya diperbetul balik. Tiada lagi campurtangan politik, hanya golongan profesional diberi peranan untuk perbetul balik TH dan THP untuk kepentingan masa hadapan.

Proses membetulkan balik ini termasuk jual balik segala ladang yang dibeli secara “wahyu” tersebut. Ini yang Najib dan Asyraf bising dan sebut sebagai skandal TH? Selama ni Asyraf buat apa bila sistem bayaran zakat TH pun tidak memenuhi sistem syariah sehingga ditegur para pakar kewangan Islam yang akhirnya zaman Mujahid juga diperbetul segalanya? (Ana ulas lain bab ni nanti)….

Sumber : https://www.facebook.com/150274412333441/posts/465353860825493/