SPRM dan KMMM WAJIB SIASAT SEGERA

Astro Awani telah membocorkan maklumat konflik dalaman Finas mengatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham direhatkan dari menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif bermula 4 Disember 2018 dan dipangku oleh Puan Hajah Subaidah Md Top Timbalan Ketua Pengarah Finas.

Ini merupakan satu perkara yang serius telah berlaku kepada agensi kerajaan yang menjaga hal ehwal industri kandungan kreatif tempatan.Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) harus menyiasat ,apakah sebenarnya yang telah berlaku kerana ianya pasti menjejaskan nama baik KKMM.Desas desus juga mengatakan bahawa sistem kroni masih lagi berlaku melibatkan ketua eksekutif terutama melibatkan perbincangan belakang.

KKMM harus menyelesaikan kemelut dalaman antara Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Finas serta melihatkan kembali komposisi Ahli Lembaga Pengarah Finas yang sepatutnya tegas dan mampu memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan Finas dilandasan yang betul dlm membantu memajukan industri kandungan kreatif tempatan.KMMM dilihat hanya mengambil ahli lembaga pengarah tangkap muat tanpa melihat komposisi yang betul dalam memacu industri filem tanah air terutama kebanyakannya adalah golongan yang berhungan baik dengan kerajaaan yang lama.

Hentikan segera campur tangan Pengerusi dan Ahli Lembaga Finas terhadap operasi dan pentadbiran Finas. Saya yakin ada tangan ghaib yang memainkan peranan penting dalam Finas.Saya mencadangkan satu badan bebas terdiri daripada wakil persatuan dan pakar perundangan dilantik sebagai ahli panel jawatankuasa ditubuhkan segera bagi menyediakan laporan kepada pihak KKMM isu yang berlaku di Finas bukan sahaja isu Ketua Pegawai Eksekutif,Pengerusi Finas,Lembaga Penasihat tetapi laporan keseluruhan tentang peranan Finas mengikut Akta 244.

Mengikut perlembagaan Finas, individu yang mempunyai production house atau mempunyai pegangan saham syarikat2 produksi tidak boleh dilantik sebagai BOD dalam finas. KMMM dqn SPRM harus menyiasat menyeluruh semua ahli lembaga pengarah , adakah mereka ini menggunakan syarikat kroni yang lain di belakang tabir supaya geran geran yang disediakan itu dapat mengalir ke syarikat kroni.

Permainan ini harus dihentikan segera supaya Finas dapat membantu prosuksi yang masih lemah dalam memacu industri perfileman negara.

Leman RL
Malaysian Film Producer

” Perbaiki sistem memajukan industry negara tanpa korupsi