Nurthaqaffah Nordin Dilantik Ketua Wanita Muda AMANAH Nasional

Setiausaha Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional, Nurthaqaffah Nordin hari ini dipilih menerajui sayap parti Islam tersebut.

Pelantikan penuntut Sarjana Sains Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berusia 28 tahun itu sekali gus menggantikan Anis Afida Mohd Azli.

Sementara itu, Aida Rafhana Kamarudin menduduki jawatan Timbalan WARDA bagi penggal 2019 hingga 2022.

Tiga Naib Ketua WARDA Nasional turut dilantik iaitu Nur Najihah Muhaimin, Nurul Ain Hazwani dan Siti Nur Aishah Mohd Zain.

Loading...

Mereka dilantik dalam Mesyuarat Penubuhan WARDA yang dipengerusikan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu merangkap Menteri Pertahanan di Wisma AMANAH Negara petang tadi.

WARDA Nasional merupakan sayap pertama yang ditampilkan AMANAH dalam barisan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Sayap itu yang dianggotai kira-kira 5,000 wanita muda berusia 18 hingga 29 tahun menumpukan usaha melahirkan bakat kepimpinan wanita muda seawal usia 18 tahun.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/nurthaqaffah-ketuai-sayap-wanita-muda-amanah-nasional/