PAS BERNAFAS SEMULA

Bila timbul isu RM1.4 bilion barulah saya nampak PAS dan MCA sedikit bernyawa. UMNO tak berapa main isu ini sebab nanti terbongkar macam-macam. PAS pula macam biasa, ada warna oren saja cepat saja mereka melatah.

Begitulah cara mereka berpolitik, masa yang rompak RM2.6 bilion tak tahu nak beranalisis. Mereka guna hujah seseorang itu masih belum bersalah hingga dibuktikan. Masuk akaun peribadi itu jelas menyalahi undang-undang. Kalau nak selamat guna tin milo baru tak terbongkar.

Wahai orang PAS dan BN, dimahkamah sekarang sedang berlangsung perbicaraan Najib Razak. Lihat dan baca juga pendedahan penjawat awam yang sedang berlangsung sekarang tentang audio dan tindakan Najib Razak serta Arul Kanda.

Buat pendedahan biar letak ianya tanggungjawab kita ini rakyat Malaysia, bukan atas sebab orang PAS, UMNO, MCA, AMANAH, PKR atau yang sewaktunya.

Loading...

Jadi bila nak buat laporan SPRM? Ini zaman Pakatan Harapan, menteri pun boleh disiasat. Zaman UMNO dulu lembu “tidur” dalam kondo pun orang UMNO dan PAS percaya kan?

Muhammad Syafiq Azmi