PH Gagal Dapat Undi Kerusi Majoriti Islam?

Saya tak faham apa asas PH gagal dapat undi kerusi majoriti Islam?

Pada asasnya, ahli parlimen melayu Islam kekal menguasai suara ahli dewan rakyat, dan hujah merujuk kerusi UMNO dahulu sebagai asas kekuatan melayu Islam juga tiada merit dan dangkal bahawa kedudukan Islam tidak terjamin seperti UMNO dahulu.

PECAHAN KERUSI AHLI DEWAN RAKYAT MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM DI PARLIMEN PASCA PRU-14 MENGIKUT PARTI PAKATAN HARAPAN, BN, PAS DAN BEBAS

Saya mengambil inisiatif membuat semakan satu demi satu kedudukan kerusi Ahli Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa dakwaan pihak pembangkang termasuk BN dan Pas ahli dewan rakyat bukan muslim menguasai jumlah kerusi di dalam dewan.

Hasil semakan dan analisa saya dari keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berikut adalah pecahan kerusi ahli dewan rakyat di parlimen mengikut pecahan kerusi muslim dan bukan muslim:

Ahli Parlimen Muslim

Pakatan Harapan – 60 kerusi
Barisan Nasional – 62 kerusi
Parti Islam SeMalaysia – 18 kerusi

Jumlah : 140 kerusi

Ahli Parlimen Bukan Muslim

Pakatan Harapan – 61 kerusi
Barisan Nasional – 17 kerusi
Bebas – 4 kerusi

Jumlah : 82 kerusi

SINOPSIS

Kerusi muslim : 140 orang
Kerusi bukan muslim : 82 orang

Peratusan kerusi muslim : 63.1%
Peratusan kerusi bukan muslim : 36.9%

Pembentukan Kabinet 2018 juga melibatkan seperti berikut:

Menteri:
17- Melayu
11- Bukan Melayu

Timbalan Menteri:
17- Melayu
9- Bukan Melayu

MB dan Ketua Menteri
12- Melayu
1- Bukan Melayu

Mohd. Fikri Abd. Rahman
KANUN Kedah