Isu:Bantun Nelayan RM1,000 di Tg Piai

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

Saya minta Menteri Besar Johor tangguh dulu bantuan RM1,000 kepada nelayan-nelayan di Tanjung Piai sehingga selesai Pilihanraya Kecil Tanjung Piai.Kenapa? Sebab Menteri Besar patut tunjuk contoh hormati undang-undang pilihanraya.Kita dulu anjurkan siri demonstrasi jalanraya Bersih 1, Bersih 2 Bersih3, Bersih4 dan Bersih5 untuk tuntut pilhanraya yang bersih dan adil.Kini kita sudah jadi kerajaan.

2. Saya hendak nyatakan di sini secara ikhlas bahawa kita tak perlu nak jadi lawyer terlebih dahulu untuk faham bahawa adalah satu bentuk rasuah politik dan salah di bawah undang-undang kecil Akta Pilihanraya jika Kerajaan sama ada Menteri Besar, atau Menteri Pusat atau Exco memberi wang ringgit atau kebendaan masa berkempen pilihanraya kecil di Tanjong Piai.

3.Saya Ahli Parlimen Pakatan Harapan merayu janganlah kerajaan baru PH ini buat apa yang kita kritik Menteri-Menteri BN lakukan selama ini.Rayuan ini juga saya tujukan kepada Menteri Pertanian.

Loading...

4.Bantuan kepada nelayan-nelayan di daerah lain di Johor yang tak ada kaitan dengan PRK Tg Piai, Menteri Besar Johor bolehlah teruskan beri bantuan RM1,000 itu.Tetapi bantuan bagi nelayan- nelayan Tanjong Piai eloklah diberi selepas selesai pilihanraya kecil, tidak kisah sama ada PH menang atau kalah, bantuan tetap diberi

5.Perjuangan untuk membanteras rasuah bermula dengan pembasmian rasuah politik terlebih dahulu.

Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
8 November 2019