WANG EHSAN ATAU ROYALTI ??

Mujurlah YB Menteri Kewangan dedahkan bayaran Royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan telahpun dibuat, malahan bayaran tersebut diawalkan ke bulan lepas (September 2019) yang sepatutnya hanya perlu dibayar pada bulan Januari 2020. Barulah ambo dan ramai lagi rakyat Kelantan tahu. Kalau tidak, bayaran tersebut disembunyikan dalam jubah atau dicelah serban agar tiada orang tahu kerajaan PH lebih baik dari BN. Ia antara yg menakutkan politik PAS iaitu rakyat Malaysia khususnya Kelantan melihat kerajaan PH lebih baik & tunai janji. Ini kerana perjuangan pimpinan PAS skrng ialah mahu kerajaan PH dilihat jahat dan UMNO dilihat baik bak malaikat. Hasil dari pendedahan ini berlakulah perang istilah. MB & TMB serta pimpinan PAS Kelantan kata ia wang ehsan dan Menteri Kewangan & penyokong PH kata ia wang royalti. Isu ini terus dipolitikkan wlpn sebenarnya duit sudahpun dimasukkan ke akaun dan disapu kerajaan negeri Kelantan.

(1) Tak perlulah bertengkar kerana perbezaan pada istilah. Kaedah menyebut : لَا مُشَاحَةَ فِي الاصْطِلَاح(Tidak ada perbalahan di dalam istilah.) Sebaliknya hendaklah merujuk kepada Perjanjian Kelantan PETRONAS 1976 dulu. Dalam perjanjian terdapat 3 perkara yg disebut secara jelas iaitu 1- Bayaran wang tunai, 2- 5% dari kadar pengeluaran petroleum, dan 3- ke akaun Kerajaan (Negeri). Tiada istilah wang ehsan atau royalti diungkapkan dalam perjanjian tersebut. Apabila kerajaan persekutuan membuat bayaran tunai ke akaun kerajaan negeri atas asas perkiraan 5% hasil dari petroleum maka itulah yg dimaksudkan dlm perjanjian. Ia bermakna kerajaan persekutuan telah cuba menunaikan janjinya. Tak perlulah bertengkar pada nama samada ia wang ehsan atau royalti sebaliknya hendaklah melihat kepada maksud, subtansi, dan isi disebalik nama tersebut. Kaedahpun ada menyebut العبرة بالمسميات لا بالاسماء(Penilaian itu terletak pada subtansi isinya, buka pada sebuah nama).

(2) Mungkin MB & TMB serta pimpinan PAS Kelantan nak berkeras juga sebab memang jenis ‘keras keng’ dengan mengatakan ia duit ehsan bukan royalti kerana dalam surat disebut duit ehsan atau kerana jumlahnya sedikit. Dalam keadaan ini hendaklah bertanya orang yg menggunakan lafaz ehsan itu apa yang dimaksudkan olehnya. Kaedah ada menyebut مَقَاصِدُ الَّلفْظِ عَلى نِيَّةِ اللَّافِظِ (Maksud lafaz/perkataan atas niat orang yg melafazkannya)

Lim Guang Eng dengan jelas mengatakan ia adalah duit royalti. Kenyataan LGE itu perlulah digunapakai. Ini bermakna duit bayaran kpd kerajaan kelantan itu adalah royalti wlpn MB & TMB serta pimpinan PAS Kelantan kata ia duit ehsan. Duit tersebut itu adalah bayaran tunai sebagaimana dalam perjanjian yg dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri atas perkiraannya berasaskan 5% daripada hasil petroleum. Supaya mengelakkan terperangkap dalam kemelut perundangan, kerajaan persekutuan telah membuat bayaran dalam bentuk wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Loading...

(3) Berterima kasihlah kpd kerajaan persekutuan. Berundinglah dengan penuh harmoni. Jangan ke semua permasalahan berkenaan royalti petroleum ditimbunkan semuanya ke bahu kerajaan PH. Jika UMNO BN yg tidak bayar royalti dan wang ehsan terus ke akaun kerajaan negeri PAS boleh anggap sahabat, rakan seperjuangan dan rakan setia apatahlagi Kerajaan PH yg telah salurkan secara langsung wang kepada kerajaan negeri Kelantan sudah pasti amat patutlah PAS jadikan sahabat. Selain itu Menteri Kewangan LGE juga telah telah meluluskan permohonan pendahuluan Kerajaan Kelantan sebanyak RM100 juta pada 14 Oktober lalu, untuk membantu kerajaan negeri Kelantan membiayai perbelanjaannya termasuk pembayaran gaji anggota pentadbirannya sehingga hujung tahun 2019. Inipun bukti tiada diskriminasi kerajaan PH terhadap Kerajaan Kelantan. Buanglah dendam politik dan sifat sombong itu. Berterima kasihlah. Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا) فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ
Maksudnya: “Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.”
Riwayat al-Nasa’ie dan al-Tirmizi

Nabi sollallahualaihiwasallam bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2741637399188614&id=100000271418357

Nadzmi Nadzir