Melayu Tak Hilang Kuasa Hanya Umno, MCA, dan MIC Yang Hilang Kuasa

Orang Melayu tak hilang kuasa. Yang hilang kuasa hanya Umno, MCA, dan MIC.

Itupun sebab mereka menyamun duit rakyat.

Negara kita diperintah dengan lebih baik hari ini. Urustadbir yang lebih telus, rakyat ada kebebasan menyatakan pandangan dan kritikan, institusi penting negara bebas bertindak tanpa kekangan dan campurangan politik, ketirisan perbelanjaan negara dikurangkan, agama terus dimartabatkan …

Agama turun utk mengajar manusia menyembah Tuhan, bukan menjadi berhala baru untuk disembah oleh manusia.

Loading...

Hari ini ramai manusia menyembah agama, sehingga mereka lupa menyembah Tuhan.

Tuhan memerintahkan kita berlaku adil dan amanah, tetapi ada manusia yg menyokong kezaliman dan kecurangan kononnya atas nama agama.

Tuhan membenci sifat perkauman, bigotri dan racism tetapi ada juga manusia bersifat demikian kononnya atas nama agama.

Sebenarnya mereka ini menyembah Tuhan atau menyembah agama??

Jamzuri Ardani