Komplot tubuh kerajaan baharu satu usaha tidak bermaruah – Khalid Samad

images (27)
Sekiranya benar terdapat komplot bagi menubuhkan kerajaan baharu, ia hanyalah satu usaha yang tidak bermaruah, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad.

Beliau yakin komplot itu akan gagal kerana parti komponen dalam Pakatan Harapan akan berpegang kepada janji mereka untuk terus bersama-sama memimpin dan mentadbir negara seperti yang dipegang sebelum ini.

“Saya menyeru pihak pembangkang untuk menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat yang inginkan Pakatan Harapan memerintah dan jangan mereka mengkhianati mandat itu dengan usaha nak tubuhkan kerajaan melalui pintu belakang sedangkan rakyat memilih Pakatan Harapan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 15 Okt lepas, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mendesak bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan kempen yang cuba menampilkan idea kerajaan tanpa penyertaan DAP dan Amanah.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Amanah Datuk Anuar Tahir dan Setiausaha DAP Anthony Loke Siew Fook.

Loading...

Bagaimanapun Hishammuddin sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut.

BERNAMA