FILEM: MALEFICIENT 2 KISAH POLITIK RASIS

Kepada pejuang politik perkauman sempit Maleficient 2 adalah wajar untuk kalian tonton.

Melihat bagaimana bangsa burung dan bangsa manusia berperang untuk dilihat siapa yang lebih berkuasa. Saling tumpah darah kerana bising dan bingit mereka yang emosi mengurus pertelingkahan.

Untuk mencapai “itu”, ada yang sanggup meracuni hatta ahli keluarga sendiri. Kedamaian bukanlah sesuatu yang gampang diperolehi, ianya butuhkan waktu dan iltizam yang tinggi.

Akhirnya Maleficient yang dilihat harbi yang memulakan apa yang dituntut fitrah. Menyatukan 2 kerajaan yang sudah lama seteru. Permaisuri manusia dihujungnya disumpah menjadi seekor kambing.

Loading...

Cuma jangan dicari dimana monyetnya.

Muhammad Syafiq Azmi