Gerakan umum bertanding PRK Tanjung Piai

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor bulan depan.

“Jawatankuasa pusat Gerakan juga telah memutuskan supaya timbalan presiden parti Oh Tong Keong dilantik sebagai Pengarah Jentera Gerakan PRK itu, manakala Senator Teo Kok Chee akan mengetuai bilik gerakan parti itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor akan diadakan pada 16 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan para 2 Nov.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 Sept lepas, akibat mengalami komplikasi jantung.

BERNAMA

Loading...