Peningkatan peruntukan KDN dan Kementerian Pertahanan demi kedaulatan negara

Kerajaan peruntukan sejumlah RM16.9 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan RM15.6 bilion bagi Kementerian Pertahanan pada tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama berkata kedua-dua peruntukan itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu masing-masing RM15.6 bilion dan RM13.9 bilion.

“Fokus utama akan bertumpu bagi menambah baik kesiapsiagaan pertahanan, termasuk meningkatkan mobiliti Angkatan Tentera Malaysia.

“Di samping itu, kesiapsiagaan melibatkan keperluan untuk menangani ancaman baru, seperti mempertahankan perairan di Sabah yang memerlukan peralatan seperti Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Crafts),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

BERNAMA

Loading...