Belanjawan 2020: RM8 bilion bantu institusi dan usahawan Bumiputera

Kerajaan menambah peruntukan bagi membantu institusi dan usahawan Bumiputera menerusi Belanjawan 2020 selaras dengan tema belanjawan itu iaitu ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, jumlah peruntukan itu ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM7.6 bilion 2019.

Katanya jumlah itu meliputi peruntukan sebanyak RM6.6 bilion kepada institusi Bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA dan Yayasan Peneraju.

Selain itu, RM1 bilion pula bagi membantu pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan SME Bank.

“Sebanyak RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan TERAJU,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Loading...

BERNAMA