Berhenti bertanya atau berspekulasi mengenai pelan mengganti Dr Mahathir – Anwar

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai supaya berhenti bertanya dan berspekulasi mengenai isu rancangan mengganti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, media tidak sepatutnya dihantui dengan isu itu sehingga bertanyakan kepada Dr Mahathir soalan ini pada setiap peluang yang ada.

Anwar menjawab soalan peserta pada Persidangan Kepimpinan APEX di sini.

Anwar berkata Mahathir sendiri memberitahunya bahawa beliau akan memenuhi dan menepati janjinya.

“Beliau memberitahu saya, dan saya menghargai sikap ini. Dia berkata, ‘Anwar saya telah berjanji, saya memegangnya, tetapi jangan biarkan ia menjadi seperti ini, memaksa saya untuk pergi atau memaksa saya untuk mengumumkan tarikh sebenar kerana saya akan menjadi perdana menteri yang tidak berupaya, sementara itu saya mahu untuk berkhidmat.

Loading...

“Tetapi maksud saya ialah, bukan apa yang Anwar mahu, tetapi keperluan negara, yang merupakan dasar baharu, menjamin keyakinan rakyat Malaysia dan meningkatkan ekonomi. Itu yang paling utama,” katanya.

BERNAMA