Tak Penat Ke Mujahid? Lepas satu, satu Mujahid buat hal

Tak Penat Ke Mujahid? Lepas satu, satu Mujahid buat hal

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-wakaf-perkukuh-dana-aset-wakaf-mujahid-210077?amp=1

Mujahid Menteri Agama dilihat tak pernah duduk diam dalam usaha memperkasa institusi agama selepas beliau dilantik ke portfolio tersebut, dimulakan dengan memperkenalkan Gagasan Rahmatan Lil Alamin dengan menjelajah ke seluruh kementerian, IPT dan negara, beliau kemudiannya memperkemaskan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) bagi mengawal perjalanan sekolah Tahfiz dan Agama di Wilayah Persekutuan dengan beberapa pindaan diluluskan Parlimen.

https://m.malaysiakini.com/news/471776

Tidak duduk diam, terus memulakan langkah prihatin terhadap pembelaan bekas isteri dan anak-anak yang tidak diberi nafkah sewajarnya oleh bekas suami dengan mengadakan Mahkamah Khas Nafkah dan Hadhanah, supaya kes-kes seperti ini diberi keutamaan Mahkamah mula beroperasi awal September lalu.

https://www.sinarharian.com.my/article/46220/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-khas-nafkah-mula-beroperasi-hari-ini

Loading...

Sebelum pada itu, usaha keras beliau bersama pasukannya, berjaya mengangkat martabat peguam syarie dengan meluluskan satu Akta khusus bagi mengawal dan menyelia perjalanan Peguam Syarie di bawah Akta Profesion Guaman Syarie 2019, untuk makluman Akta ini terperap di bawah pentadbiran kerajaan lama lebih 30 tahun tanpa di bawa ke parlimen diluluskan. Datang sahaja Mujahid ni, terus dia gegarkan pasukannya supaya Akta ini disegerakan dan diluluskan. Berita Akta ini diluluskan disambut dengan penuh gembiran para pengamal undang-undang syarih di Malaysia.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/gembira-undang-undang-perkasa-peguam-syarie-diluluskan-1.937661

Tak cukup dengan itu, Mujahid mengarahkan pasukannya untuk mengkaji bagaimana hendak menyeragamkan kanun jenayah syariah negeri-negeri supaya dapat berjalan dengan baik dan dapat diperkemaskan. Begitu juga dengan perancangan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk menguatkuasakan perintah Mahkamah Syariah bagi menyita dan menyekat akaun bekas suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524266/cadangan-sekatan-bank-suami-liat-bayar-nafkah-akan-ke-kabinet

Minggu lalu, beliau buat hal lagi, umum tubuh Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia, suatu cita-cita besar mengangkat kedudukan institusi perundangan syariah di Malaysia ke martabat yang tinggi dan kelas pertama, setaraf Mahkamah sivil dalam tempoh dua tahun akan datang.

https://www.sinarharian.com.my/article/50151/BERITA/Nasional/Jabatan-Pendakwaan-Syariah-Malaysia-dijangka-ditubuh-dalam-2-tahun

Dalam sibuk usaha tubuh Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia, dia umum pulak Kod Etika Pegawai Agama 2019 akan dijadikan garis panduan penguatkuasaan dan pendakwaan pegawai syariah dan agama seluruh Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/613772/kod-etika-penguatkuasa-agama-tekankan-dakwah-berhikmah-bijaksana

Beberapa hari lepas, pasukannya duduk pulak berbincang untuk mewujudkan satu Akta khusus bagi Wakaf di Wilayah Persektuan, sebelum ini RUU mengenai Akta ini juga terperap lebih 30 tahun, Mujahid minta disegerakan juga, nak bentang di parlimen hujung tahun ni jika sempat. Tugasan ini sempat dirakamkan pasukan panel Jawatankuasa Sivil Syariah yang diberi tugasan untuk melaksanakan misi ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220421211144495&id=1357612611

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/549077/akta-wakaf-penuhi-keperluan-semasa

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/berita-maiwp/508-akta-wakaf-sedang-dirangka

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-wakaf-perkukuh-dana-aset-wakaf-mujahid-210077?amp=1

Sebelum pada ini perkara berkaitan Wakaf hanya diletakkan di bawah Sek. 68 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 dan tiada Akta khusus baginya, jadi usaha ini juga suatu yang sangat baik bagi mengangkat martabat institusi Wakaf di Malaysia.

Apa yang kita nampak, Mujahid nak buat semua ini tak perlu dia ajak berhimpun di Padang Merbok, menjual T-Shirt RUU, dan tak perlu kempen ahli untuk berhimpun, cukup dengan kuasa yang diberikan, disusun dengan baik, asbab kejayaan meluluskan beberapa Akta yang tertangguh sejak puluhan tahun tidak dibawa dan dilaksana kerajaan terdahulu.

Tak tahu apa lagi beliau nak buat lepas ini, kita tunggu dan lihat ligat betul Menteri Agama ini dalam usaha beliau untuk mengangkat martabat institusi agama dan perundangan syariah di Malaysia.

*Tok Aki*