Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$103.5 bilion pada 13 Sept

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$103.5 bilion pada 13 Sept, 2019, mengekalkan jumlah yang sama seperti dicatatkan pada 30 Ogos, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ini ialah rizab mata wang asing US$96.7 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.8 bilion), dan lain-lain aset rizab (US$2.8 bilion).

Aset pula merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM428.70 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM324.45 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.88 bilion), hartanah – tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM12.95 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM143.47 bilion); mata wang dalam edaran (RM109.87 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM145.77 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM19.32 bilion); deposit lain (RM3.64 bilion); Kertas Bank Negara (RM22.57 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.82 bilion).

Loading...

BERNAMA