Pembangkan jangan main sentimen perkauman – Rafizi Ramli

images (7).jpg
UMNO dan PAS perlu menjadi pembangkang berwibawa, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata, bagaimanapun, blok pembangkang itu yang dilihat sangat yakin untuk merampas tampuk pemerintahan negara, hanya mengapi-apikan sentimen perkauman di sebalik menyumbangkan kaedah serta dasar bernas, untuk membela nasib rakyat.

“Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain, terutamanya Cina,” katanya dalam catatan di Facebook beliau baru-baru ini.

Rafizi menegaskan seharusnya pembangkang berwibawa menolak rasuah dan menjadi polis mengawasi kerajaan, selain memerah otak mencadangkan kaedah dan dasar yang lebih baik daripada yang dilaksanakan kerajaan untuk membela rakyat.

UMNO dan PAS dijadual untuk memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti, melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman yang akan ditandatangani presiden kedua-dua parti berkenaan pada Sabtu ini, sebagai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain, dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Loading...

BERNAMA