𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤, 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧𝐚𝐧

Persamaan umum antara Politik, Agama dan Perkahwinan ialah ketiga-tiganya sangat peribadi terutamanya bagi orang Melayu. Yang jadi masalah bila ada yang taksub sampai menjadi extreme/ghulu. Contoh perkahwinan, masa bercinta semua benda jadi manis, kentut pasangan pun harum bak kasturi, bila dah bercerai, tengok baju ex-pasangan jadi loya siap hendak dibakar lagi barang-barang ex-pasangan. Itu tak termasuk lagi kalau berebut hak penjagaan anak; memaki-hamun depan anak-anak perkara biasa padahal anak-anak itu sebenarnya belajar apa yang ibu-bapa mereka buat. Kelak nanti, bila mereka membesar dalam persekitaran yang abusive, kecenderungan mereka untuk jadi pendera ataupun mangsa dalam perkahwinan yang abusive amatlah tinggi.

Ini sama juga dengan agama. Bila saya menulis yang berdakwah kena hikmah, ada yang tak setuju, Mereka kata Islam itu benar kenapa tak di buat sahaja perbandingan dengan agama lain? Tuan, agama juga adalah perkara yang sangat peribadi bagi seseorang. Jadi untuk Tuan sentuh hati mereka, Tuan kena santuni mereka dahulu. Tak boleh la baru kenal 2 jam, awak nak terus condemn sembahan mereka, kelak mereka juga akan condemn sembahan Tuan.

Politik pun tiada beza dalam Malaysia, politik ini sudah jadi macam past time favorite rakyat Malaysia. Yang jadi masalah bila ada mereka yang taksub jadikan politik macam agama dan perkahwinan. Parti Politik hanyalah “vessel”, ianya bisa berubah mengikut lanskap masyarakat. Kalau undi parti U haram tahun 80-an, sekarang mungkin undi Parti U yang sama jadi halal; semua ini bergantung pada kerjasama antara parti politik. Politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa.

Tiada satu parti politik pun boleh dakwa mereka adalah wadah dari Tuhan. Ini samalah kalau ada pasangan yang baru berkahwin, bercinta selama 10 tahun dan kata; perkahwinan mereka adalah perkahwinan yang di redhai oleh Allah. Mereka mungkin betul; dan mereka juga mungkin salah, bergantung pada niat mereka berkahwin. Ada orang berkawin sebab sayang pada pasangan dia, ada kawin sebab nak anak, ada kawin sebab nak tutup kegiatan songsang dia, dan ada juga kawin dengan janda dia yang dia cerai talak 3 dahulu sebab sakit hati tengok orang yang dia gilai sudah bahagia jadi milik orang lain.

Yang jadi masalah bila pasangan tadi kutuk perkahwinan orang lain adalah perkahwinan yang di restui oleh syaitan. Dahulu, bila pasangan tadi bercerai, habis di caci maki bekas suami dan bekas isteri, cerai sampai talak 3, lalu anak-anak jadi mangsa. Ini bila mereka nak berkahwin semua dengan janda/duda mereka yang mereka pernah caci maki dahulu, mereka pula kutuk perkahwinan orang lain sebagai tidak sempurna.

Loading...

Sebab itu bila ada mana-mana parti politik hendak membuat kerjasama, yang anak-anak tadi sepatutnya belajar dari kesilapan perkahwinan ibu-bapa mereka yang terdahulu, tanya seboleh-bolehnya sebanyak soalan. Contoh:

1) macam berapa lama mereka yakin perkahwinan ini akan bertahan

2) adakah sampai dapat anak yang baharu

3) macam mana pula pembahagian belanja rumah

4) siapa yang akan jadi ketua keluarga

5) jika ibu bapa bercerai talak 4, macam mana mereka pernah
bercerai dahulu, apa status anak-anak hasil penceraian

6) pembahagian “harta sepencarian” kalau tertalak 4 lagi

Sebab itu saya menulis banyak kali, kita kena faham apa yang kita laksanakan. Sebab nanti di akhirat, Allah akan persoalkan semua tindakan kita di dunia; waktu ini kita tak boleh salahkan pemimpin kita yang suruh kita buat benda yang zalim dan menyalahi syariat. Setiap manusia di kurniakan akal fikiran dan mereka bertanggungjawab atas keputusan mereka. Wallhulam.

Mohd Mukhlis Mohd Shariff