Dr Siti Mariah Mahmud  kecewa PGA Batu 7 Cheras antara 10 hotspot denggi di Selangor

Dr Siti Mariah Mahmud kecewa PGA Batu 7 Cheras antara 10 hotspot denggi di Selangor

Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu 7, Cheras dekat sini tersenarai antara 10 ‘hot spot’ wabak demam denggi di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya amat kecewa dengan penemuan tersebut memandangkan pasukan keselamatan berkenaan dikenali dengan disiplin yang tinggi.

Beliau berkata berdasarkan statistik akhir bagi minggu epidemologi (ME) 27 pada Sabtu lepas, kem berkenaan dikesan telah menjadi ‘hot spot’ kes demam denggi selama 137 hari.

“Bagi daerah Hulu Langat, kem PGA itulah yang menjadi satu-satunya lokasi merekodkan kes demam denggi paling lama. Kita akan tengok balik sama ada hal ini berlaku berpunca daripada orang yang bekerja di situ sendiri ataupun ahli keluarga mereka.

“Kerajaan negeri amat berharap supaya warga kem berkenaan dapat melaksanakan pelbagai program membanteras nyamuk Aedes seperti mana kita sering hebahkan,” katanya dalam sidang media pelancaran kempen ‘Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor’, di sini hari ini.

Loading...

Beliau berkata statistik akhir ME27 pada 6 Julai juga menunjukkan terdapat 708 lokasi kes demam denggi aktif di negeri itu yang mana 117 daripadanya dikesan di lima daerah dan dikategorikan sebagai ‘hot spot’ kerana penularan wabak penyakit tersebut telah melebihi 100 hari.

Lima daerah itu adalah Petaling yang mencatatkan 62 ‘hot spot’; Hulu Langat (26); Gombak (13) dan Klang serta Hulu Langat masing-masing lapan lokasi, kata Dr Siti Mariah.

“Berdasarkan statistik ME 27 pada 1 Julai lepas, sebanyak 37,263 kes demam denggi direkodkan dengan 34 kematian yang mana ia menunjukkan peningkatan 108 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 19,357 kes dengan 16 kematian.

“Kes demam denggi dilihat meningkat paling ketara adalah pada ME24 hingga ME27 iaitu selepas sambutan Aidilfitiri lalu. Kami bimbang ia akan terus meningkat lagi. Sudah banyak kempen banteras dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes dilaksanakan namun sikap tidak prihatin masyarakat terhadap isu ini amat dikesalkan,” katanya.

Kata Dr Siti Mariah lagi, kebanyakan ‘hot spot’ demam denggi dikesan di kawasan yang padat dengan penduduk dan antara alasan diberikan masyarakat kerana masih sukar mengawal penularan wabak berkenaan adalah masalah pendatang asing di lokasi terlibat.

Justeru itu kata beliau, sebagai usaha menangani masalah tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta bekerjasama dengan majikan untuk mendidik pekerja warga asing mereka supaya memahami aspek penjagaan kebersihan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sementara itu, mengulas mengenai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melepaskan telur nyamuk Aedes mengandungi bakteria Wolbachia untuk mengawal dan menangani kes denggi, Dr Siti Mariah berkata sebanyak lapan lokasi ‘hot spot’ di Selangor terlibat dalam fasa pertama program berkenaan.

Katanya, telur nyamuk Aedes mengandungi bakteria Wolbachia itu telah dilepaskan secara berperingkat pada Ahad lepas hingga semalam dan diharapkan, ia dapat membantu mengurangkan jumlah kes demam denggi di Selangor pada masa depan.

Tegasnya, walaupun pelbagai kempen dan usaha dilakukan kerajaan dan pihak lain, namun penularan wabak demam denggi dilihat hanya boleh dibanteras sepenuhnya jika semua mas