Tidak perlu Pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)

Tidak perlu Pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)

Pembubaran Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) tidak harus dilaksanakan kerana tidak relevan dan akan merencatkan struktur tiga peringkat pertubuhan itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, struktur tiga peringkat Pertubuhan Peladang itu adalah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

“Sehingga kini, pejabat Pendaftar Pertubuhan Peladang tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk membubarkan PPN.

“Sesi libat urus di antara Pendaftar dengan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin Pertubuhan Peladang di seluruh negara juga telah diadakan.

“Ahli peladang telah memahami mengenai pelaksanaan pindaan dan mesyuarat agung di peringkat PPK telah berjalan dengan lancar,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Khairy Jamaludin di Dewan Rakyat, hari ini.

Loading...

Berita Asal https://malaysiadateline.com/pertubuhan-peladang-negeri-tiada-keperluan-untuk-dibubarkan-kata-salahuddin/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook