Solidariti Wan Ji : Hukuman Di bawah akta hasutan bertentangan dengan janji Pakatan Harapan

Solidariti Wan Ji : Hukuman Di bawah akta hasutan bertentangan dengan janji Pakatan Harapan

1. Pendakwah bebas, Ust Wan Ji Wan Hussin telah disabit kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948.

2. Perkara ini amat mendukacitakan kerana majoriti ahli pendokong kerajaan hari ini (goverment of the day) merupakan aktivis yang menentang akta tersebut .

4. Lebih mendukacitakan lagi apabila pihak pendakwaan merayu untuk hukuman lebih berat ke atas pendakwah tersebut. Perkara ini amat bertentangan dengan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

4. Kelemahan Pakatan Harapan (PH) yang melengahkan serta menganggap akta ini merupakan perkara akhir untuk dimansuhkan adalah amat mengecewakan, dan tindakan tersebut akhirnya memakan aktivisnya sendiri yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR).

5. Pemuda Amanah Negeri Melaka dengan ini menyatakan solidariti kepada Ust Wan Ji atas pegangan menjunjung prinsip perjuangan para aktivis PH yang menentang akta hasutan.

Loading...

Norkhairi bin Yusof.
Ketua Pemuda
Amanah Negeri Melaka.