Pelancong Malaysia cedera gempa bumi 6.1 landa Taiwan

Pelancong Malaysia cedera gempa bumi 6.1 landa Taiwan

TAIPEI: Dua lelaki termasuk seorang pelancong Malaysia cedera ditimpa runtuhan batu dalam gempa bumi berukuran magnitud 6.1 yang melanda Taiwan hari ini.

Gegaran itu menyebabkan beberapa bangunan pencakar langit bergoyang selain menjejaskan lalu lintas.

Di ibu negara ini, bangunan pencakar langit bergoyang menyebabkan murid sekolah panik dan lari bertempiaran meninggalkan kelas mereka di timur daerah Yilan.

Menurut pihak berkuasa, insiden terbabit mengakibatkan lebuh raya serta pulau yang menghubungkan Yilan dan Hualien terpaksa ditutup susulan runtuhan batu.

Pegawai di jabatan bomba daerah Hualien berkata, mereka merancang untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan helikopter penyelamat bagi merawat mangsa yang tercedera.

Loading...

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa turut menghentikan sementara perkhidmatan metro bagi membolehkan pemeriksaan dibuat.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa itu melanda pada jam 1.01 petang (waktu tempatan) di kedalaman 19 kilometer di timur daerah Hualien.

Daerah terbabit pada tahun lalu dilanda gempa berukuran 6.4 yang meragut 17 nyawa.