Menjawab kritikan Asyraf Wajdi ke atas Yadim

Menjawab kritikan Asyraf Wajdi ke atas Yadim

Menarik juga apabila sesekali bekas Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki beberapa hari yang lepas membuat komen mengenai apa yang dibayangkan sedang berlaku dalam organisasi amanah yang pernah dipimpinnya dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2019.

Semua orang tahu, Yadim pernah dipimpin oleh mereka yang cenderung politik dari Yang Di Pertua Yadim yang pertama Allahyarham Tan Sri Syed Nasir hinggalah kepada Yang Dpertua Yadim Ustaz Nik Omar Nik Aziz sekarang.

Dan yang jelas semua orang tahu hakikatnya Yadim adalah sebuah badan amanah yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan dan pembinaan jaringan dakwah agar menjadi lebih tersusun dan berkesan.

Kritikan terbaharu Asyraf mengenai apa yang sedang dilakukan oleh pengurusan Yadim juga membuktikan bahawa beliau sebenarnya jahil dalam hal yang menbabitkan soal pengurusan pentakbiran sebuah organisasi yang besar saperti Yadim ini.

Sebagai seorang ahli akademik dan faham mengenai konsep pengurusan, Asyraf tidak sepatutnya mengkritik tindakan pengurusan Yadim untuk memperbetulkan badan dakwah itu.

Loading...

Kepimpinan baru Yadim mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri untuk ‘membina semula imej Yadim’ tidak berfungsi dengan baik dan berkesan.

Tentunya, transformasi yang sedang dilaksanakan itu memerlukan sedikit perubahan, penyesuaian dan penambahbaikan. Proses sedemikian adalah lumrah dalam budaya organisasi.

Perubahan dan penambahan kakitangan bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan untuk berlaku,ia memang diperlukan untuk membolehkan transformasi berlangsung.

Sepatutnya Asyraf memberikan peluang kepada pengurusan baru Yadim untuk melakukan penambahbaikan, bukannya ‘membaiki labu’ saperti dibayangkan. Bukan bermakna Asyraf atau sesiapan pun tidak dibenarkan ‘mengkritik’. Kritikan yang membina memang diperlukan, bukannya kritikan yang menampakkan ‘rasa marah’, terkilan dan boleh menimbulkan persepsi tertentu.

Transformasi Yadim adalah untuk ‘menghilangkan’ imejnya yang sudah pudar dan hampir tergelincir daripada landasan ‘dakwah’ akibat tindakan Asyraf yang mengeksploitasikan peluang dan ruang ‘kepercayaan’ untuk menonjolkan diri dan memulihkan imejnya kembali berpolitik.

Tidak menjadi kesalahan pengurusan baru Yadim untuk memperkuatkan ‘modal insan’, melantik kakitangan baharu yang berkelayakan dan berpengalaman bagi menguruskan dinamika organisasi.

Dakwah masa kini memerlukan tenaga manusia yang boleh bekerja dan berfikiran strategik, bukan hanya pendakwah yang boleh ‘memuntahkan ilmu’ dalam kaedah beribadat semata-mata.

Dakwah masakini lebih cenderung bersifat ideologikal dan untuk untuk sampai kepada pemahaman yang jelas, relevan memerlukan perubahan pendekatan dan penyesuaian metodologi.

Inilah yang sedang dilakukan oleh barisan pengurusan baru Yadim, bukannya pendekatan ‘least resistance’ yang dilakukan sebelumnya.

Yadim perlukan pendekatan ‘functionally relevance’ dan tentunya berbeza dengan apa yang Asyraf bayangkan.

Sepatutnya, sebagai seorang yang bijak berteori, Asyraf wajar melihat apa yang sedang dilaksanakan oleh kepimpinan baru Yadim sebagai tindakan yang sepatutnya disokong.

Beliau boleh mengkritiknya, tetapi berikan mereka peluang untuk melaksanakannya, bukan membuat ‘sergahan’ tanpa memahami secara tuntas apa yang sedang diusahakan.

Yadim sekarang perlu ditampal, didiberikan wajah baharu yang sesuai dengan semangat zaman. Kepimpinan baru Yadim mengambil inisiatif tersebut untuk membawa Yadim kembali relevan dan sentiasa bergerak di atas landasan yang diamanahkan berdasarkan semangat dan iltizam yang baharu.

*Kolumnis adalah Pengarah Media Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kompleks Islam Putrajaya.

Berita  Asal :https://malaysiadateline.com/jawapan-kepada-kritikan-asyraf-wajdi-ke-atas-yadim/