Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Peranan Polis amat besar dan miliki nilai berharga. Polis wajar dihargai atas pengorbanan mereka demi menjaga keselamatan, membanteras jenayah, menjaga kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.

Setiap tahun, tanggal 25 Mac merupakan tarikh keramat bagi Polis DiRaja Malaysia di negara Malaysia ini. Sistem kepolisan telah wujud di negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu, institusi polis yang moden dan sistematik hanya bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807.

Tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ masih dikekalkan sebagai tema Sambutan Hari Polis tahun ini. Tema yang amat signifikan ini menunjukkan kerjasama erat antara polis dan daripada semua pihak amat diperlukan dalam usaha membanteras dan mengurangkan jenayah.

Menjunjung semangat tema Hari Polis tersebut, kami memandang ke depan untuk mencadangkan agar suatu hari nanti, rangkaian polis mampu diwujudkan di setiap komuniti taman atau kampung. Ini berikutan cabaran jenayah yang semakin licik, amat wajar PDRM mewujudkan rangkaiannya di setiap komuniti taman atau kampung bagi mewujudkan sistem tindakan pantas dari akar umbi dalam membanteras jenayah sebelum ia berlaku dan membarah.

Marilah kita bersama mengenang pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara daripada sebarang ancaman hingga ke peringkat mempertaruhkan nyawa. Kekentalan dan kesiapsiagaan mereka meninggalkan keluarga tercinta, bertugas tanpa mengira masa demi menjalankan tanggungjawab kepada negara, bangsa dan agama. Inilah bukti mereka amat komited dalam memenuhi aspirasi PDRM.

Loading...

Kesepakatan dan kerjasama yang jitu dan padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi menjaga keharmonian perpaduan, keamanaan dan kesejahteraan negara.

Seluruh barisan kepimpinan Pemuda AMANAH Melaka mengucapkan Selamat Hari Polis ke-212, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Ustaz Norkhairi bin Yusof.
Ketua Pemuda,
Pemuda AMANAH Negeri Melaka.