PAS belum bersedia bentuk kerajaan campuran dengan UMNO, tegas Hadi

PAS belum bersedia bentuk kerajaan campuran dengan UMNO, tegas Hadi

Berbeza daripada ‘lagu’ yang didendangkan sebelum ini, presiden PAS berkata kerjasama dijalin partinya dengan Umno masih kekal di peringkat taawun (bertolong-tolongan atau bekerjasama).

Kata Abdul Hadi Awang hubungan PAS dan Umno belum sampai ke peringkat membentuk kerajaan campuran.

“Kita baru di peringkat bertaawun, kerjasama. Belum lagi kerajaan campuran. Pilihan raya lambat lagi,” katanya seperti dipetik harakahdaily.

Tidak dapat dipastikan maksud Abdul Hadi apabila beliau mengaitkan kerajaan campuran dengan pilihan raya.

Berucap di Kuala Terengganu anggota parlimen Marang itu berkata PAS menjalin kerjasama dengan Umno khususnya untuk PRK Rantau di Negeri Sembilan.

Loading...

Kata Abdul Hadi PAS akan membantu Umno bagi menghadapi PH di DUN berkenaan.

Ditanya sama ada PAS bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran, Abdul Hadi berkata, masanya belum tiba untuk langkah tersebut.