Keganasan di New Zealand bukti api kebencian boleh menyuburkan ekstremis

Keganasan di New Zealand bukti api kebencian boleh menyuburkan ekstremis

Pagi tadi kita digemparkan dengan pembunuhan beramai ramai dikalangan Muslim di New Zealand ketika Solat Jumaat yang mengorbankan hampir 50 nyawa.. manakala tahun 2017, hampir 2 tahun lepas di Bumi Mesir, Gereja Koptik di Bom ketika acara keagamaan di Gereja St Mark Iskandariah… lebih 44 orang terbunuh..

Jika di New Zealand pelakunya non muslim.. manakala di Mesir pelakunya adalah Muslim.. disinilah kita kena meletakkan kefahaman yang betul.. ia bukan soal Islam atau Kristian… tetapi kelompok Ashabiyah, Khawarij dan Terrorist dikalangan pelampau kaum dan Agama..

Kelompok Pelampau ini boleh lahir dari mana mana kelompok kaum dan Agama.. yang harus kita benci bukan kaum dan agama, tetapi kepercayaan Ashabiyah, Kebencian da perkauman yang mereka anuti..

lihat saja kenyataan kebencian Senator Fraser Anning hari ini… Inilah Kebencian yang harus kita benci, Bukan latar belakang agama dan Kaumnya.. Hatta Kenyataan Fraser Anning itu dikritik ramai dari kalangan kepimpinan non muslim sendiri..watak seperti senataor Frase Anning itu juga wujud dari kalangan kelompok agamawan Islam sendiri.. hatta mana mana agama dan kaum..

Sebenarnya.. apa yang berlaku di New Zealand, hari ini.. itulah saban hari yang berlaku di Dunia Arab, terutama Iraq, Pakistan Yaman dan Syria.. malangnya yang berbunuhan di negara ini adalah sesama muslim…

Loading...

perangkap Ashabiyah ini boleh berlaku sesama Islam Sendiri.., malah lebih teruk.. boleh dikatakan Masjid kelompok Sunni dan Syiah diserang silih berganti di Negara seperti Iraq dan Pakistan…. puncanya adalah Kebencian dari kelompok agama sendiri.. sebagaimana yang berlaku dizaman kegelapan Eropah dulu..

Ada Ulama dan agamawan yang menghalalkan perang di Syria atas alasan kononnya mereka itu kelompok Syiah Laknatullah.. manakala, Di Yaman, Kanak kanak, wanita dihalalkan atas alasan yang dibunuh juga dengan alasan, mereka itu Syiah.. inilah sifat,Kebencian yang harus kita perangi.. sedangkan sebagai muslim, hatta kezaliman itu dilakukan keatas penganut Yahudi pun, kita kena benci sifat zalim itu..

yang kita patut benci itu adalah Kezaliman, sikap Ashabiyah, Perkauman hatta siapa pun pelakunya.. samada mereka Hindu,Budha, Kristian, yahudi atau muslim.. Itu sebabnya bila ditanya kepada Nabi apakah itu Ashabiyah.. jawab Nabi..

” أن تعين قومك على الظلم ..

`ashabiyah itu bila seseorang menolong kaumnya atas kezaliman.”

jadi apa lawan kepada Zalim itu ? itulah Keadilan, Sifat Adil.. Adil inilah yang Allah peringatkan berulangkali di dalam Quran hatta dalam urusan rumah tangga.. Kerana Sifat Adil itulah lebih mendekatkan kita kepada Taqwa..

اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ..

Berlaku adillah.. karena adil itu lebih dekat kepada taqwa…

Jadi dalam hidup kita ini sentiasalah menegakkan Keadilan dan benci akan kezaliman… 🙂