Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes kenyataan Lim Guan Eng

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang didakwa berunsur hasutan mengenai kerjasama Umno dengan Pas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan sudah bermula sejak minggu lalu sebaik sahaja pihak polis menerima laporan pertama kes itu.

“Kita menerima sebanyak 58 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Lim Guan Eng

Loading...

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Selatan, hari ini dipetik bharianonline.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Ditanya sama ada Guan Eng bakal dipanggil bagi membantu siasatan pula, Mohamad Fuzi berkata, polis akan mengambil keterangan Setiausaha Agung DAP itu apabila tiba masanya.

“Sekiranya perlu, kita akan panggil beliau (Guan Eng) untuk diambil keterangan apabila tiba masanya.

“Berhubung dakwaan kita lambat mengambil tindakan, ia tidak tepat. Kita terus membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis,” katanya.

Minggu lalu, sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dengan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun kemudian ditukar dengan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan peguam salah seorang tertuduh kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, bahawa anak guamnya didera secara fizikal dan seksual ketika dalam tahanan di Sentul.

“Saya tidak mendapat lagi maklumat itu kerana belum dimaklumkan tetapi sekiranya ada dakwaan sedemikian, kita akan menjalankan siasatan. Saya akan berhubung dengan Ketua Polis Kuala Lumpur,” katanya.

Berita Asal : https://malaysiadateline.com/polis-buka-kertas-siasatan-guen-eng-atas-dakwaan-kenyataan-berbaur-hasutan/