Unit pemantauan isu hina Islam

Unit pemantauan isu hina Islam

Berikutan tindakan menghina Nabi junjungan kita, Muhammad SAW dan perbuatan mempermainkam agama Islam semakin serius, satu unit memantau tindak-tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah ditubuhkan.

Inisiatif menubuhkan unit yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Meskipun JAKIM sebelum ini telah mempunyai Unit Kawalan Media di bawah Bahagian Penyelidikan JAKIM berfungsi memantau isu-isu agama untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun saya lihat perkara itu tidak memadai dan ia perlu diperkemaskan dengan lebih tegas supaya pemantauan secara 24 jam dapat dilakukan.

Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya seberapa segera membuat laporan polis dan SKMM.

Kepada orang ramai, sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila whatsapp segera ke talian hotline 011-22334455 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Loading...

Saya berharap kita semua dapat bersama berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita.

Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk mengatasi isu ini.

Di pihak saya Menteri Agama sama-sekali tidak berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
7 MAC 2019