Tarikh PRK DUN Rantau ditentukan Rabu ini

Tarikh PRK DUN Rantau ditentukan Rabu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Rabu ini.

Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PRK DUN Rantau akan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya Dr S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan S

Loading...