Fitnah jahat, Mujahid bakal lapor polis

Fitnah jahat, Mujahid bakal lapor polis

Satu status yang berlegar hari ini sekali lagi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kes Peguam Negara sebelum ini dimana kali ini pemilik akaun bernama Abdul Razak menulis kenyataan rekaan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber, pihak Dr Mujahid telah meminta pegawainya membuat laporan polis esok setelah mendapati status facebook Abdul Razak ini merupakan fitnah rekaan semata-mata untuk mencipta persepsi buruk terhadap diri beliau.