Status menghina peribadi menteri semakin berleluasa

Status menghina peribadi menteri semakin berleluasa

Status facebook menghina menteri Pakatan Harapan kelihatan semakin berleluasa kerana dasar kebebasan bersuara yang diamalkan dibawah pentadbiran baru ini. Setelah peguam negara semalam yang turut menjadi mangsa fitnah membuat laporan polis semalam dan polis telah membuka kertas siasatan, desakan kini amat kuat agar menteri-menteri mencontohi tindakan peguam negara.

Dalam satu posting yang viral, pengguna Facebook bernama Mohamad Zuhairy telah memuatnaik satu gambar karikatur yang menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr mujahid Yusof dengan tulisan ” Ni pun sama gampang… menteri agama kaut tepi jalan je…bila bapok dikecam cepat-cepat je jd hero…gampang la ko mujahil”.

Pihak Menteri agama dikatakan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan kepada tindakan-tindakan menghina sebegini.

Loading...