Menjawab tular isu pelantikan Timbalan Pengerusi Zakat Melaka

Menjawab tular isu pelantikan Timbalan Pengerusi Zakat Melaka

KENYATAAN MEDIA

1. Kerajaan negeri mengambil maklum tentang isu pelantikan Timbalan Pengerusi Zakat Melaka yang ditularkan sesetengah pihak akhir-akhir ini.

2. Datin Mahani Othman Basir yang juga isteri kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Zakat Melaka pada 27 Jun 2018 melalui keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

3. Perlantikan ini dibuat Kerajaan Negeri sebelum Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 7 Dis 2018.

4. Memang menjadi dasar kerajaan negeri untuk meningkatkan bilangan wanita selaku pembuat dasar dalam kerajaan termasuk yang melibatkan institusi agama.

Loading...

5. Datin Mahani ialah wanita pertama yang dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Zakat Melaka. Berkelulusan Sarjana (Master) dalam bidangInformatik Kesihatan (Health Informatic) UKM dan Ijazah Sains (Mikrobiologi) UM, beliau menjawat Ahli Jawatankuasa Wanita AMANAH Nasional, Timbalan Ketua Wanita PH Melaka dan Ketua Wanita AMANAH (Awan) Melaka.

6. Kerajaan Negeri sesungguhnya komited untuk meningkatkan bilangan wanita dalam posisi pembuat dasar bagi memastikan lebih ramai wanita diberi peluang pekerjaan pada masa hadapan.

7. Sehubungan itu, golongan wanita disaran menjadikan Datin Mahani sebagai contoh yang bukan sekadar berperanan sebagai ibu, isteri, peniaga dan pengurus, malah pemimpin organisasi dan masyarakat.

8. Saya berharap perlantikan ini tidak dijadikan senjata politik untuk ‘membunuh watak’ (character assassination) mana-mana individu kerana ianya bercanggah dengan matlamat dan hasrat kerajaan bagi memartabatkan golongan wanita.

“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”

TUAN HAJI ADLY BIN ZAHARI
KETUA MENTERI MELAKA

Seri Negeri
20 Februari 2019/15 Jamadilakhir 1440H