Mujahid : Tindakan tegas kepada penghina Rasulullah

Mujahid : Tindakan tegas kepada penghina Rasulullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof melahirkan rasa kesal diatas satu posting yang didakwa dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook yang menghina Rasulullah SAW.

Pentadbir page Dr Mujahid menyatakan pendirian demikian setelah mendapat aduan orang ramai. Berikut tulisan di page Mujahid :

Pihak kami menerima banyak aduan dari komen-komen di Pages, Inbox, Whatsapp dan email berkenaan tindakan seorang Facebooker bernama Foo Sing Wai yang telah menyiarkan Grafik yang dengan jelas menghina Rasulullah saw dan Agama Islam khasnya.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak KKMM & MCMC supaya tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Harap pihak berkaitan lebih bertanggungjawab dan menjaga sensitiviti Agama dan Bangsa lain. Malaysia Baru tidak memerlukan perbalahan antara mana-mana Kaum, Bangsa atau Agama.

Loading...

Pejabat Menteri di JPM
Hal Ehwal Agama