Kerajaan berusaha penuhi kuota satu peratus OKU dalam sektor awam

Kerajaan berusaha penuhi kuota satu peratus OKU dalam sektor awam

Kerajaan akan meneruskan usaha  mencapai kuota satu peratus Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sektor awam, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

“Kita akan terus berusaha supaya kuota untuk OKU dalam sektor awam di semua kementerian dipenuhi  tetapi penempatan mereka mestilah sepadan dengan kecacatan selain boleh melakukan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Perlis di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mahfuz menyampaikan geran berjumlah RM115,160 kepada empat OKU di bawah Skim Bantuan Galakan Peniagaan OKU (SBGP-OKU) di Perlis bagi tahun 2018 bertujuan memperkasa penglibatan OKU dalam pasaran pekerjaan.

Mahfuz berkata sehingga akhir tahun lepas, geran sebanyak RM1.9 juta telah disalurkan kepada 59 penerima SBGP-OKU di seluruh negara.

Loading...

“Saya mahu sektor swasta juga memberi peluang kepada OKU bekerja supaya mereka dapat mengubah kehidupan menjadi lebih baik,” tambahnya.