Ikan laga sebagai ‘signature product’ Melaka

Ikan laga sebagai ‘signature product’ Melaka

Melaka berhasrat menjadikan industri ikan laga sebagai satu daripada ‘signature product’ negeri itu, kata Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee.

Norhizam berkata ia termasuk cadangan mewujudkan Pusat Betta Melaka (MBC) sebagai pusat operasi dan aktiviti komuniti peminat dan penggiat ikan laga, seterusnya menjadi hab dan koridor Wilayah Selatan menjelang tahun 2023.

Beliau berkata industri itu dilihat mampu berkembang dalam jangka masa singkat, seterusnya dapat mempromosi dan menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Melaka.

“Tidak seperti ikan hiasan lain, ikan laga (Betta) mudah dijaga dan melibatkan kos penjagaan yang murah selain boleh dijadikan penyeri di ruang tamu atau sebagai hiasan dalaman yang menarik kerana sifatnya yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

“Harga seekor ikan laga juga boleh mencecah hingga ratusan atau ribuan ringgit, seterusnya menjana pendapatan dan memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya,” katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat Kelab Betta Melaka (KBM) di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Loading...

Hadir sama Pengerusi KBM, Azmely Yaakob dan Penasihat Teknikal KBM, Chua Yong Fook dan Mohamad Zaini Suleiman.

Norhizam berkata kelab itu kini mempunyai 100 ahli dan jumlah itu dijangka bertambah dari masa ke semasa berikutan industri ikan laga mempunyai ramai peminat dan pengusahanya yang tersendiri di Melaka.

Beliau berkata pihaknya juga akan mempromosiikan aktiviti membela ikan laga di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai dalam kalangan masyarakat berminat kepada ikan hiasan tersebut.

“Kita juga menggalakkan KBM  untuk bersama-sama terlibat dalam usaha tersebut di samping menganjurkan pertandingan ikan laga bagi menarik minat orang ramai terhadap ikan hiasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Azmely berkata KBM akan menganjurkan pertandingan ikan laga ‘Melaka Betta Challenge 2019’ pada awal April depan di Tengkera dalam usaha memperkenalkan ikan laga sebagai ikan hisan kepada orang ramai. Kejohanan itu dijangka mampu menarik 1,000  penyertaan dari seluruh nega