Prihatin kos sara hidup rakyat, kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

Prihatin kos sara hidup rakyat, kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“’Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” kata PMO dalam satu kenyataan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menyenaraikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi;

Loading...

Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tuan Baru Bian – Menteri Kerja Raya
Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
Tan Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
Datuk Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut Masa Depan Malaysia (MASA)

Menurut PMO, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta manakala sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.