Kami undi mereka sebab lawan UMNOBN bukan sebab sijil

Kami undi mereka sebab lawan UMNOBN bukan sebab sijil

Beberapa netizen hari ini bangkit mempersoalkan motif isu kelayakan akademik beberapa Menteri dan menyifatkan ia sebagai usaha pihak tertentu menutup skandal 90 juta yang kembali hangat sehari dua ini.

Seorang peguam muda menulis tentang Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan gelaran Mat Sabu. Mat Sabu baginya adalah seorang pejuang tulen. Nama Mat Sabu turut dikaitkan dengan “penipuan ijazah palsu”, namun beliau tampil menjelaskan sejak dahulu beliau tidak pernah mengatakan memiliki sijil dari ITM kerana telah dibuang oleh institusi pengajian tersebut kerana keterlibatan yang aktif dalam demonstrasi pelajar ketika itu.

Ikuti tulisan saudara Fikri :

YB Mohamad Bin Sabu yang kukenali adalah tokoh politik dan pemimpin yang hebat meskipun beliau tidak memiliki bergulung-gulung ijazah untuk dibanggakan.
Mohamad Bin Sabu atau lebih mesra dikenali Mat Sabu atau Bang Mat di kalangan sahabat dan teman rapatnya dilahirkan pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Mula mendapat pendidikan awal di Pulai Pinang sebelum menyambung pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) sebelum dikenali kemudiannya sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mat Sabu atau Bang Mat terlibat di dalam politik sejak kampus ITM tahun 1975

Loading...

Keterlibatan beliau dalam gerakan mahasiswa dan aktiviti kampus sehinggakan beliau sering memimpin demonstrasi jalanan mahasiswa di ITM ketika itu.

Lantaran kelantangan dan vokal suaranya dalam gerakan mahasiswa dan aktiviti demonstrasi akhirnya beliau telah dibuang dari ITM tanpa beliau sempat menamatkan pengajiannya di sana.
Beliau kemudiannya menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan bergiat aktif dalam ABIM memimpin demonstrasi dan gerakan belia Islam ketika itu.

Selepas bossnya Dato” Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO, Bang Mat memutuskan pada tahun 1981 menyertai parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau bergiat aktif dalam PAS sejak zaman pemudanya sehingga pernah diberikan amanah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat dan memimpin gerakan demonstrasi Pas dan gerakan rakyat dalam membela hak dan kepentingan rakyat yang ditindas dan dizalimi.

Sebutnya sahaja BERSIH, siapa tidak kenal Bang Mat yang sinonim dengan gerakan BERSIH ini sejak awal penubuhannya.

Beliau merupakan seorang ahli politik yang kental dan berpengalaman, selain menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan juga jawatan terakhir sebagai Timbalan Presiden PAS.

Selain itu, Mat Sabu pernah dua kali masuk UNIVERSITI ISA antara 1984-1986 dan 1987-1989 atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau dan pelbagai tuduhan bersifat politik yang lain.
Sewaktu penahanan pertama, selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia sekarang.

Mat Sabu mula memenangi pilihan raya bermula tahun 1990 selepas beliau berhijrah ke kawasan Parlimen Nilam Puri, Kelantan

Mat Sabu menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal, bermula di Nilam Puri, Kelantan dari tahun 1990 sehingga 1995.

Kemudian di Kubang Kerian, Kelantan dari tahun 1995 sehingga 1999, dan di Kuala Kedah, Kedah pada tahun 1999 sehingga 2004.

Pada tahun 2015, beliau memimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) telah keluar Pas dan kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama beberapa rakan pimpinan lain.

Ketika Mat Sabu bertindak keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH yang berada bersama HARAPAN sekarang, ramai ahli-ahli PAS menggelarnya bermacam panggilan. Namun, Mat Sabu yakin akan pendirian beliau iaitu perlunya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama.

Mat Sabu pernah meringkuk dalam ISA dan dibuang daerah, ditangkap puluhan kali dan didakwa atas pelbagai tuduhan serta mengalami kecederaan semasa demonstrasi di mana kakinya dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa ketika demontrasi BERSIH 2.0.

Selain itu, pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Komander Himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Kemudiannya Mat Sabu memimpin BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Himpunan Tolak GST dan banyak lagi.

Pemimpin lahir dari ketokohan dan aura x-factor menarik pengikut dan peminatnya, Bang Mat antara pemimpin dan tokoh politik hebat lahir dari bawah naik ke puncak memimpin sebuah gerakan reform dan harapan baru rakyat Malaysia bersama rakan-rakan Pakatan Harapan lain, tanpa memiliki bergulung-gulung ijazah, beliau lahir sebagai seorang tokoh.